Antara kursus-kursus popular di Multiversiti

Lebih 100++ topik kursus || Lebih 1000 video latihan || Lebih 10,000 subscribers

Watch Intro Video

Video pengenalan Multiversiti

Klik button ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Multiversiti

Pakar-pakar

Hj. Fadzli Yusof

Pakar Motivasi

HJ. Fadzli Yusof ialah pengurus dan ceo kepada NLPM Centre Sdn.Bhd, sebuah Syarikat yang mengfokuskan kepada pengembangan potensi dan komunikasi untuk prestasi kerjaya serta bisnes dengan aplikasi NLP yang mudah, Praktikal dan berimpak tinggi. Kepakaran beliau dalam dunia mmbangunkan potensi diri didiktiraf oleh pelbagai pihak dan beliau telah mengendalikan program kepada ratusan Syarikat dan puluhan ribu peserta. Beliau juga sebagai Certifed NLP Trainer, NFNLP Florida USA. Beliau merupakan Lulusan sarjana muda ( kepujian) undang-undang dan sarjana (master) dalam perbandingan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan sejak 2004 sehingga kini telah menulis 37 buku motivasi. Passion beliau untuk berkongsi tip dan teknik kejayaan bermula apabila beliau menerbitkan buku pertama beliau (menjurus kerja dan waktu-hanya orang sibuk yang ada masa. Buku kuasa Hijrah, Kuasa untuk berubah pula mendapat Anugerah Buku Pilihan pembaca paling popular Berita Harian- popular bookstore 2007. Selain itu, HJ. Fadzli Yusof seringkali djemput oleh stesen televisyen dan radio bagi berkongsi petua, teknik, tip dan hikmah dengan jutaan audien di seluruh Malaysia.

Afyan Mat Rawi

Pakar Perunding Kewangan

Beliau seorang perunding professional bertauliah, Islamic financial planner (IFP) oleh institut perbankan dan kewangan Islam Malaysia di bawah Bank Negara Malaysia. Beliau sekarang adalah Trainer dan perunding kanan di Infaq Consultantcy Sdn.Bhd yang beroperasi di Lembah Klang. Firma konsultan ini ditubuhkan beliau untuk menyediakan perkhidmatan dalam bidang servis kewangan untuk latihan kewangan dan pengurusan harta. Beliau berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan di Malaysia semenjak tahun 2003 dan antara program yang menjemput sebagai speaker bersama tokoh-tokoh kewangan dan pelaburan Malaysia superti Dr ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, Azizi Ali dan lain-lain. Beliau juga mempunyai Buku Bijak merancang wang.

Aizat Razak

Pakar Kesihatan

Beliau seorang pakar kesihatan dan mempunyai masalah berat badan mencecah 220kg. Beliau kini telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 65 kg dengan gaya hidup sihat yang betul. Jom kurus yang dibawa oleh Pakar Aizat Razak telah membantu ramai orang untuk kurus dan menurunkan berat badan. Beliau bertekad menurunkan berat badan panda tahun 2014 dengan azam baru untuk kurus.

Coach Shah

Pakar Kesihatan

Beliau ialah Jurulatih kecergasan dan penurunan berat badan. Beliau juga telah melatih ribuan peserta dalam mendapatkan lifestyle yang diinginkan. Beliau juga berpengalaman melatih ribuan peserta untuk meningkatkan kesihatan dan kecergasan serta menurunkan berat badan sejak 2013. Beliau juga sebagai fitness speaker dan pembangunan konten ( menulis artikel, tips dan info kecergasan dimana-mana medium serta platform. Selain its, seorang pengembara dan sukarelawan aktiviti kebjikan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

Shamsuddin Kadir

Pakar Perunding Kewangan

Beliau merupakan perunding latihan iaitu Jurulatih (trainer) dalam bidang kemahiran kritikal pekerja, motivasi, kewangan, perlaburan hartanah dan kerjaya. Beliau merupakan Trainer Bertauliah di bawah PSMB. Ahli Jawatankuasa Pertubuhan perunding latihan dan motivasi Muslim Malaysia atau singkatan TAMRIN ( Trainer & Motivator Islam Nasional). Beliau juga penulis buku dan sudah menerbitkan 9 bush buku, Hidup Tenang walaupun berhutang dan makan gaji tetapi kaya, kaya dengan rumah (best seller), buat duit dengan rumah, usahawan cilik : Bising Ajaib dan usahawan cilik : Garaj Aiman. Buku-buku yang terbit tahun 2009 adalah tenang dalam gawat dan usahawan cilik : Mesin rumput eskpress.

Coach Nizam

Pakar Jualan

Coach Nizam adalah Jurulatih Utama bagi sebuah Syarikat penyedia latihan yang berdaftar dibawah Kementerian Kewangan iaitu Pro Rev Consultancy & Services. Beliau juga adalah Jurulatih Utama Pro Rev Resources sebuah Syarikat Penyedia latihan yang professional yang berdaftar di bawah Pembangunan Sumber Berhad (PSMB). Berpengalaman sejak 2011 dengan modul-modul terkini yang akan membantu ramai insan-insan diluar sana seperti slogan “ Perbincangan adalah perniagaan, penyampaian adalah dakwah”.

Yusry Yusopp

Pakar Bisnes

Beliau merupakan Pengurus Projek Khas (Head of Special Project) di PTS Hir Group PLT. Beliau pernah bertugas di PTS Professional Sdn.Bhd sebagai editor perolehan pendidikan. Beliau turut terlibat dalam dunia penulisan buku dan e-buku. Antara karya beliau yang berada di pasaran adalah Tip & Trik Ujrah, Cerita dari Syurga, 200 aktivti dan permainan islami dan 50 aktiviti dan permainan kumpulan kecil. Beliau juga merupakan Jurulatih Business Model Generation yang belajar secara langsung dengan pengasasnya Dr Yves Pigneur dan Dr Alexander. Belum banyak terlibat melatih pengusaha bisnes kecil dalam pemasaran dan Kanvas Model Bisnes.

Dr. Azlee

Pakar Kesihatan

Beliau ialah seorang pakar kesihatan atau doktor Gaya hidup sihat yang berpengalaman untuk membantu ramai orang menjalani hidup dengan sihat dengan diet dan makanan yang seimbang.

Perlukan bantuan ?

Jangan risau kami ada untuk bantu anda, anda boleh klik button di bawah untuk whatsapp kami